Wednesday, August 17, 2011

4 isteri, jagalah yang pertama


Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? " Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa.
Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburlah mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering
mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!!!

Lapan Perkara dari Lapan Jenis Manusia



Kata sesetengah Ulama :

Sesiapa yang duduk bersama lapan jenis manusia ini, Allah SWT akan tambahkan baginya dengan lapan perkara:

1) Sesiapa duduk bersama pembesar-pembesar, Allah SWT akan tambahkan kepadanya sifat membesar diri dan keras hati.

2) Sesiapa duduk bersama golongan orang kaya, Allah SWT akan tambahkan kepadanya sifat tamak akan dunia.

3) Sesiapa duduk bersama golongan orang faqir, Allah SWT akan tambahkan kepadanya sifat redha dengan apa yang dikurniakan oleh Allah SWT.

4) Sesiapa duduk bersama kanak-kanak, Allah SWT akan tambahkan kepadanya sifat suka bermain-main.

5) Sesiapa duduk bersama perempuan, Allah SWT akan tambahkan kepadanya kejahilan dan nafsu syahwat.

6) Sesiapa duduk bersama golongan orang soleh, Allah SWT akan tambahkan kepadanya sifat suka beribadat.

7) Sesiapa duduk bersama ulama, Allah SWT akan tambahkan kepadanya ilmu dan warak.

8) Sesiapa duduk bersama golongan orang fasiq, Allah SWT akan tambahkan kepadanya dosa dan menangguhkan taubat.

Maka pilihlah apa yang engkau kehendaki sekiranya engkau mempunyai akal dan hati.

IBU....♥ ♥ ♥



• KETIKA BERUSIA SETAHUN, IBU SUAPKAN MAKANAN DAN MANDIKAN KITA. CARA KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA HANYALAH DENGAN MENANGIS SEPANJANG MALAM.

* APABILA BERUSIA 2 TAHUN, IBU MENGAJAR KITA BERMAIN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN LARI SAMBIL KETAWA TERKEKEH-KEKEH APABILA DIPANGGIL.

* MENJELANG USIA KITA 3 TAHUN, IBU MENYEDIAKAN MAKANAN DENGAN PENUH RASA KASIH SAYANG, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENUMPAHKAN MAKANAN KE LANTAI.

* KETIKA BERUSIA 4 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEKOTAK PENSEL WARNA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENCONTENG DINDING.

* BERUSIA 5 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEPASANG PAKAIAN BARU, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN BERGOLEK-GOLEK DALAM LOPAK KOTOR.

* SETELAH BERUSIA 6 TAHUN, IBU MEMIMPIN TANGAN KITA KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENJERIT : “TAK NAK! TAK NAK!”

* APABILA BERUSIA 7 TAHUN, IBU BELIKAN SEBIJI BOLA. CARA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH IALAH KITA PECAHKAN CERMIN TINGKAP JIRAN.

* MENJELANG USIA 8 TAHUN, IBU BELIKAN AISKRIM, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGOTORKAN PAKAIAN IBU.

* KETIKA BERUSIA 9 TAHUN, IBU MENGHANTAR KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN PONTENG KELAS.

* BERUSIA 10 TAHUN IBU MENGHABISKAN MASA SEHARI SUNTUK MENEMANKAN KITA KE MANA SAJA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN TIDAK BERTEGUR SAPA DENGANNYA.

* APABILA BERUSIA 12 TAHUN, IBU MENYURUH MEMBUAT KERJA SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENONTON TELEVISYEN.

* MENJELANG USIA 13 TAHUN, IBU SURUH PAKAI PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN MEMBERITAHU BAHAWA PAKAIAN ITU TIDAK SESUAI ZAMAN SEKARANG.

* KETIKA BERUSIA 14 TAHUN, IBU TERPAKSA MENGIKAT PERUT UNTUK MEMBAYAR WANG PERSEKOLAHAN DAN ASRAMA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN TIDAK MENULIS SEPUCUK SURAT PUN.

* BERUSIA 15 TAHUN, IBU PULANG DARIPADA KERJA DAN RINDUKAN PELUKAN DAN CIUMAN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGUNCI PINTU BILIK.

* MENJELANG USIA 18 TAHUN, IBU MENANGIS GEMBIRA APABILA MENDAPAT TAHU KITA DITERIMA MASUK KE IPTA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERSUKA RIA BERSAMA KAWAN-KAWAN.

* KETIKA BERUSIA 19 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN,MENGHANTAR KE KAMPUS DAN MENGHERET BEG BESAR KE ASRAMA, KITA HANYA UCAPKAN SELAMAT JALAN PADA IBU DI LUAR ASRAMA KERANA MALU DENGAN KAWAN-KAWAN.

* BERUSIA 20 TAHUN, IBU BERTANYA SAMA ADA KITA ADA TEMAN ISTEMEWA, KITA KATA, “…ITU BUKAN URUSAN IBU.”

* SETELAH BERUSIA 21 TAHUN, IBU CUBA MEMBERIKAN PANDANGAN MENGENAI KERJAYA, KITA KATA, “SAYA TAK MAHU JADI SEPERTI IBU.”

* APABILA BERUSIA 22-23 TAHUN, IBU MEMBELIKAN PERABOT UNTUK RUMAH BUJANG KITA. DI BELAKANG IBU KITA KATAKAN PADA KAWAN-KAWAN….”PERABOT PILIHAN IBU AKU TAK CANTIK, TAK BERKENAN AKUUU!”

* MENJELANG USIA 24 TAHUN, IBU BERTEMU DENGAN BAKAL MENANTUNYA DAN BERTANYAKAN MENGENAI RANCANGAN MASA DEPAN, KITA MENJELING DAN MERUNGUT, “IBUUU, TOOOOOLONGLAHHH….”

* KETIKA BERUSIA 25 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MENANGGUNG PERBELANJAAN MAJLIS PERKAHWINAN KITA. IBU MENANGIS DAN MEMBERITAHU BETAPA DIA SANGAT SAYANGKAN KITA TAPI KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERPINDAH JAUH.

* PADA USIA 30 TAHUN, IBU MENELEFON MEMBERI NASIHAT DAN PETUA MENGENAI PENJAGAAN BAYI, KITA DENGAN MEGAH BERKATA, “…ITU DULU, SEKARANG ZAMAN MODEN.”

* KETIKA BERUSIA 40 TAHUN, IBU MENELEFON MENGINGATKAN MENGENAI KENDURI-KENDARA DI KAMPUNG, KITA BERKATA, “KAMI SIBUK, TAK ADA MASA NAK DATANG.”

* APABILA BERUSIA 50 TAHUN, IBU JATUH SAKIT DAN MEMINTA KITA MENJAGANYA, KITA BERCERITA MENGENAI KESIBUKAN DAN KISAH-KISAH IBU BAPA YANG MENJADI BEBAN KEPADA ANAK-ANAK.

* DAN KEMUDIAN SUATI HARI, KITA MENDAPAT BERITA IBU MENINGGAL! KHABAR ITU BAGAIKAN PETIR! DALAM LELEHAN AIR MATA, BARULAH SEGALA PERBUATAN KITA TERHADAP IBU MENERPA SATU PERSATU.

JIKA IBU MASIH ADA, SAYANGI DIA. JIKA TELAH MENINGGAL,INGATLAH KASIH DAN SAYANGNYA. SAYANGILAH IBU KERANA KITA SEMUA HANYA ADA SEORANG IBU KANDUNG

Kisah Kurma Madinah



Ketika Rasululllah saw memerintahkan para sahabatnya untuk segera berangkat ke Tabuk menghadapi kaum kafir, mereka semua segera menyambutnya. Hanya beberapa orang sahabat yang tidak mengikuti peperangan tersebut, selain orang tua, para wanita dan anak-anak serta orang-orang munafik.

Musim kurma hampir tiba dan ketika itu musim panas terik, sementara bekalan dan senjata yang dimiliki sangat sedikit. Tetapi Rasulullah dan para sahabat tetap berangkat ke medan perang. Di waktu itulah keimanan dan pengorbanan para sahabat diuji. Orang-orang munafik mulai menyebarkan desas-desus dan menghasut para sahabat agar tidak meninggalkan kebun kurma mereka dan tidak menyertai peperangan tersebut. 

Hasutan para munafiqin itu tidak hanya kepada para sahabat tetapi disampaikan juga kepada isteri para sahabat. Para munafiqin berkata "suami-suami kalian pergi ke Tabuk, sementara kurma di kebun-kebun kalian sebentar lagi ranum, siapakah yang akan mengurusnya? Mereka meninggalkan kesempatan yang bagus ini dan pergi meninggalkannya begitu sahaja ".

Isteri-isteri para sahabat itu menjawab dengan keimanan mereka, "Pencari rezeki telah pergi dan pemberi rezeki telah datang". Tidak lama kemudian, Rasululllah dan para sahabat dengan pertolongan Allah SWT kembali dari peperangan dalam waktu yang sangat singkat. Allah SWT menjaga kebun-kebun kurma dan keluarga mereka. Tidak satu pun buah kurma yang telah masak itu jatuh dari tangkainya, malah hasil jualan mereka berlipat ganda. Tambahan pula ketika itu harga kurma Madinah mencapai harga tertinggi sehingga para sahabat tidak mengalami sedikit pun kerugian kerana meninggalkan kebun untuk menyertai Perang Tabuk. Sampai saat ini kurma Madinah adalah yang paling digemari dan terkenal di mana-mana.

Friday, May 20, 2011

Pelik Tapi Benar

Kita pernah dengar kucing berkepala dua atau manusia berkepala dua. Tu berita dari China, tetapi hari ini ada berita gempak pula Kucing bermata satu dan kini di MALAYSIA..

TAWAU: Pelik tapi benar. Itulah yang berlaku ke atas seorang penduduk di Kampung Batu 4, Jalan Apas, di sini, apabila ibu kucing miliknya melahirkan anak kucing bermata satu, kelmarin. 
Apa yang lebih menghairankan, kucing berkenaan tidak mempunyai hidung selain lidahnya sentiasa terkeluar.

Pemilik kucing terbabit mahu dikenali Jamal, 30, mengakui keganjilan anak kucing itu disedari sebaik dimaklumkan anaknya yang melihat ibu kucing itu melahirkan anaknya.
Pemilik kucing itu berkata ----> “Kucing berkenaan yang baru saja dilahirkan kira-kira jam 10 pagi di rumah dan menyangka anak saya bergurau apabila menyatakan anak kucing yang baru dilahirkan itu mempunyai mata satu.Sebaik diberitahu, saya terus melihat anak kucing itu dan terkejut apabila mendapati memang anak kucing itu pelik kerana mempunyai satu mat saja,”

Wednesday, April 27, 2011

Don't know what his mean (mini apple)

Pertama kali ku melihat buah apple s'kecik mcm nie di tanam di Tawau....akakakkaka....pelik tapi benar,atau pun aku yang mcm katak di bawah tempurung x tahu apa2....hmmm....but whatever lah,yg aku fokus skrg nie knpa lah itu orang malar bgi aku buah kecik mcm nie???@__@ klu bgi skali byk tia pa juga kenyang perut ku nie utk m'hadamnya...nie x hnya bagi sebiji ja...uuuhhh.....tkkan lah dia si0k kat aku...akakakaka....hahahhahahaa......lelaki yg di takuti olh prempuan pkrja bwahannya suka kat aku????lolz....mcm x logik tpi nie lah yg mreka ckp kat aku,"he like me"....aisehmen,geli plak hati ku....mcm susah utk di percyai....akakkakakaka..........aku cuma b'harap dia x m'punyai mksd apa2 bagi aku benda yg pelik2 mcm nie....hhhmmmmm..........^___^

Monday, April 25, 2011

Follow on Facebook <---- sila click link dalam gmbar dan click "like" for the support...Tenkiu ^^

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=218796891464027&set=a.218551514821898.64416.154134134596970&type=1&theater
nama: MOHD ASHRAUF DANIAL BIN ARRIF @ ROMIE
NAMA IBU: ARNIE BINTI AWANG
T/LAHIR: 09.09.2010
T/LAHIR: HOSPITAL BESAR TAWAU

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=218797424797307&set=a.218551514821898.64416.154134134596970&type=1&theater
NAMA: NURQASEH ZAHRAH UMAIRA BINTI RAMLAN BASAR
NAMA IBU: SABRIANA BINTI SABIR
T/LAHIR: 31.04.2009
TEMPAT LAHIR: HOSPITAL BESAR TAWAU



PERTANDINGAN BABY COMEL DI TAWAURIAN: SYARAT: -GAMBAR TERBARU -UMUR 3 TAHUN KEBAWAH SAHAJA -PERTANDINGAN BERJALAN SELAMA 1 BULAN DARI TARIKH HARI INI (25.04.2011) -BOLEH MENGHANTAR SEBERAPA BANYAK GAMBAR -SILA SERTAKAN NAMA PENUH BABY/TARIKH LAHIR/NAMA PESERTA YANG MENGHANTAR PENYERTAAN -SESIAPA SAHAJA BOLEH MENGHANTAR PENYERTAAN, JANJI KETIKA MENGAMBIL HADIAH BAWAH SEKALI BABY! JIKA TIDAK KEMENANGAN AKAN DIBATALKAN :) -HADIAH! KAMI AKAN BERITAHU NANTI -PEMENANG AKAN DITENTUKAN DENGAN JUMLAH "LIKE" TERBANYAK. RAJIN-RAJINLAH KEMPEN GAMBAR ANDA DENGAN RAKAN RAKAN FACEBOOK YANG LAIN. TAG DIBENARKAN.

Tuesday, April 19, 2011

Aku harus JUJUR @ TIDAK ???

Kini aku berhadapan dengan masalah harus jujur @ tidak...seorang sahabat lama yang aku sayang,tapi kini dia mengalami masalah dalam perkahwinannya....setiap manusia takkan pernah lepas dari masalah,dengan ujian dari Allah kita akan tahu sejauh mana kekuatan iman seseorang itu...aku pernah dengar kata pepatah seorang kawan yang sudah berumahtangga juga,dia berkata masa budak2 kita akan mengalami masalah dalam persekolahan tidak kira lah pelajar pandai mahupun lembap,pabila remaja dalam percintaan,bila sudah masuk di alam pekerjaan masalah kewangan dan bila sudah berkahwin pula terlibat dalam masalah suami isteri...sama juga seperti dalam maksud musuh lelaki ialah LELAKI mnakala musuh perempuan ialah PEREMPUAN juga...uuhhh....aku bingung...kawan ku kini mendapat seorang suami yang tidak bertanggungjawab...seorang yang hipokrit dan penipu,walaupun kawan ku sudah menceritakan sedikit masalah tentang suaminya itu dan perangai buruknya tapi masih ada satu hal lagi dia masih belum tahu sehingga kini...jadi perlu kah aku bercakap hal yang sebenar dengan kawan ku itu sebab dia selalu bertanya kalau2 aku ada tahu cerita tentang suaminya,aku tidak sampai hati untuk menceritakn hal yang sebenar sebab aku kurang berminat untuk menjaga tepi kain orang..tapi aku juga tidak sampai hati untuk menipu kawan ku yang aku sayang...walaupun bukan aku yang mengalami dan merasakannya tapi dari air muka kawan ku itu aku dapat merasakan yang dia betul2 dalam kesedihan dan kecewa mendapat seorang lelaki yang jahanam lebih2 lagi dengan menyara hidup anaknya yang msih kecil tanpa bantuan daripada seorang suami...kenapa lah aku sering berhadapan dengan masalah yang berkaitan dengan lelaki??? semakin hari aku semakin benci dan dendam dengan lelaki dan aku berharap tuhan akan memakbulkan permintaan ku untuk....(biar tuhan dan aku sahaja yang tahu),dalam masalah seperti ini yang paling bernasib malang ialah nasib si anak,di manakah letaknya hati dan perasaan kasih sayang seorang ayah??? mengikutkan hawa nafsu syaitan semuanya akan menjadi hancur,memang sukar untuk menjumpai seorang lelaki daripada beribu lelaki di dunia ini yang hormat dan ikhlas dengan perempuan...aku berdoa semoga Allah kuatkan iman kawan ku dalam menjalani kehidupannya seharian,murahkan lah rezekinya agar dia dapat menyara hidup anaknya dengan sempurna dan bukakan pintu hati suaminya agar menjadi seorang lelaki yang bertanggungjawab,aku hanya mampu berkata kepada kawan ku...walaupun Allah sudah menciptakan adam dan hawa di muka bumi ini tapi "Tidak semestinya perempuan perlu bergantung hidup dengan seorang lelaki,dan tidak semua perempuan menjadi lemah tanpa bimbingan dan bantuan dari seorang lelaki"....hhhmmmmm......

Monday, April 11, 2011

Dilema lagi....

hhhhmmmmmm......aku bingung,tia tau kputusan pa ptut aku buat,aku gelar nama dia Mr.J...smlm aku kluar jlan dgn Mr.J wlaupun sudh berapa kali Mr.J ajak aku utk kluar jlan tpi ada ja alsan yg aku bagi,itupun Mr.J ckp gf kawan dia clbrate birthday then dia tidak ada kwan utk pegi coz smua kawan lelaki dia bwa kwan pmpuan...then klmrin hari ahad aku btul2 bosan tahap gaban di rumah dan aku pun bingung knpa aku mau kluar jlan dgn dya sdangkan da bbrapa orang kwan yg m'ajak aku utk kluar jalan jga,tpi aku pilih jga kluar jln dgn c Mr.J...hmm...bukn pa aku b'fkiran mcm nie coz aku uda tau yg Mr.J ada hati dgn aku...aku takut nnti Mr.J fkir yg aku bgi harapan dgn dia, aku x mau prmainkan prsaan lelaki yg aku btul2 mahu anggp sbgai kawan ku,aku knal Mr.J dari mumy dya...coz his mumy is my friend actually...tia sngka lar plak anak dya(Mr.J) ada hati dgn aku...aku fkir biar lar aku abiskan masa free ku dgn Mr.J utk aku lupakn DIA(Mr.xxx),coz aku rasa Mr.J nie mcm 1 kepala dgn aku...s'orang lelaki yg tidak m'bosankan @ pndek crita x cntrol macho @ hipokrit di dpan ku....tapi kenpa lar dya suka dgn aku...???? @__@ kan lbih bgus klu Mr.J anggp aku nie mcm adiknya @ hnya sbgai kwan mumy nya...uhhh....lebih aku trtekan lgi bila smlm Mr.J prkenalkan aku di dpan kwan2nya yang aku nie gfnya...OMG!!!! aku x smpai hati lar plak mau ckp tidak di dpan kwan2nya sdangkan aku nmpak dari air mukanya Mr.J bgitu excited bgi tau yg aku nie girlfriend nya...hmm....klu lar aku terima Mr.J msti org akan ckp yg aku nie pmpuan pndang harta benda bukan ikhlas pun mau terima dia,hohoho.....aku tkkan pilih dya juga coz Mr.J bkn lah lelaki pilihan ku...dia tidak ada ciri2 lelaki yang aku suka wlaupun aku sdar aku bukn pmpuan sempurna mana pun...aku hnya suka b'kawan dgn Mr.J tidak lebih dari itu pun...hhmmmm.....mmg benar lar kata orang lebih baik terima org yg syg dgn kita drpd terima org yg kta syg....kini baru ku fham d'cintai dan mencintai sgt jauh mknanya....Just A Dream!!!

Monday, April 4, 2011

Oh my Lord!!!

Ohh...my Lord...!!!
I don't deserve Thy blessings of paradise...
Yet, I don't have the strength to withstand...
Thy torments of hell fire...
Thus, accept my repentance...and grant me...
Thy forgiveness for my sins...
For thou art the forgiver of great sins....
Amin...amin....amin ya rabbal alamin....

Perbezaan Manusia di Muka Bumi....

Kenapa manusia mudah mengeluh bila mereka baru d uji dengan ujian tuhan???? sesungguhnya apabila mahu mengetahui kesabaran seseorang itu lihatlah bagaimana ujian @ penderitaannya,jangan lihat semasa senangnya dia,dan jangan lihat semasa berkuasanya dia...susah orang kaya tidak akan sama dengan susahnya orang miskin...senyum orang kaya(org berada) tidak sama dengan orang yang tidak ada apa2...ada bezanya orang yang menaiki kenderaan mewah dengan orang yang menaiki bus..gaya masing-masing berlainan...orang kaya pakai baju murah pun nampak bergaya...sementara orang miskin pakai baju murah terserlah kedaifannya...jadi sabar orang kaya kerana ada hartanya...tapi bagaimana kalau dia jatuh miskin???hmmm....kata pepatah "bala merupakan pelita orang arif,menyedarkan orang murtad...memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lalai(lupa)...tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman di dunia ini sebelum manusia itu ditimpa bala jika dia rela dan sabar".....